Tuanku Mizan Zainal Abidin
D A U L A T T U A N K U ! ! !
M E R D E K A ! !( 31 Aug 1957)
Adalah kebanggaan saya untuk menjadi " anak Malaysia "...di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan bangsa...yang dapat hidup bersama sabagai satu...tidak kira apa yang berlaku, pada akhirnya, kita bergabung tenaga, bersama-sama menyambut hari yang bermakna kepada kita semua..HARI MERDEKA...
Apa yang mengagumkan semua, bukanlah pada persembahan ataupun pertunjukan bunga api yang menarik sahaja, tetapi apa yang terpenting...ialah perpaduan semua rakyat....dalam menyambut kemerdekaan negara kita...tanpa mengira kaum atau bangsa...dalam jiwa kita...semangat patriotik sedang membara...inilah yang menunjukkan identiti rakyat MALAYSIA...
Sekarang adalh masa kita...untuk berganding bahu...bekerjasama untuk membawa negara tercinta kita ke persada dunia...supaya setanding dengan negara maju yang lain..mencapai wawasan 2020 yang menjadi sasaran kita semua...
Semoga negara kita terus maju !!!!! MALAYSIA BOLEH !!!